Friday





PENGERUSI SERTA SELURUH AHLI JAWATANKUASA KRT FASA 10 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. MOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHAYATI SAMA-SAMA TENTANG PENGERTIAN KORBAN DALAM HIDUP KITA

Tuesday

BERITA MAJLIS GOTONG ROYONG DALAM KELUARAN MEDIA TERKINI 15HB SEPTEMBER 2009

BERITA TERBARU AKTIVITI KRT F10 D
ALAM AKHBAR MEDIA TERKINI PADA 1HB SEPTEMBER 2009
GAMBAR RIADAH KE JERAM GADING RESORT






KONVOI KEDUA DI JERAM GADING



(petikan akhbar media terkini 1hb Ogos di pasaran)










AKTIVITI PERMAINAN BADMINTON

Kegiatan berkaitan aktiviti bersukan akan diadakan setiap minggu bertempat di Dewan Beringin Taman Seri Gombak jam 8 malam hingga 10 malam pada tarikh berikut:*03hb Ogos 2009 *10hb Ogos 2009 * 17hb Ogos 2009


Semua dijemput untuk turut bermain.








Sunday




KONVOI JERAM GADING JELEBU N.SEMBILAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak RT10 dan RT9B Taman Sri Gombak akan mengadakan aktiviti konvoi bermotosikal ke Air terjun Jelebu Negeri Sembilan pada 11hb Julai hingga 12hb Julai 2009. Segala aktiviti yang dijalankan, akan disiarkan menerusi akhbar Media Terkini dan Buletin Rakyat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 013-2309883 (Tuan Haji Din)

Thursday




AKTIVITI PERMAINAN BADMINTON

Kegiatan berkaitan aktiviti bersukan akan diadakan setiap minggu bertempat di Dewan Beringin Taman Seri Gombak jam 10 malam hingga 12 malam pada tarikh berikut:
*02hb Julai 2009 *9hb Julai 2009 * 16hb Julai 2009
*23hb Julai 2009


*27hb Julai 2009 (bermula jam 8-10 malam)

Semua dijemput untuk turut bermain. sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras:
Tel: 012-3760166 En Mat Champion.

Tuesday



KURSUS PENGURUSAN RUKUN TETANGGA

Thursday



AKTIVITI PERMAINAN BADMINTON

Kegiatan berkaitan aktiviti bersukan akan diadakan setiap minggu bertempat di Dewan Beringin Taman Seri Gombak jam 10 malam hingga 12 malam pada tarikh berikut:
*02hb Jun 2009 *9hb Jun 2009 * 16hb Jun 2009
*23hb Jun 2009 *30hb Jun 2009


Semua dijemput untuk turut bermain. sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras:
Tel: 012-3760166 En Mat Champion.

Monday

SIJIL KELULUSAN RT




KEGIATAN RT10: EKSPIDISI BERMOTOSIKAL KE AIR TERJUN JELEBU


Adalah dimaklumkan bahawa pihak RT10 akan mengadakan aktiviti konvoi bermotosikal ke Air terjun Jelebu Negeri Sembilan pada 28hb Februari hingga 1hb Mac 2009. Segala aktiviti yang dijalankan, akan disiarkan menerusi akhbar Media Terkini dan Buletin Rakyat. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 013-2309883 (Tuan Haji Din)

MAJLIS TAKLIMAT RUKUN TETANGGA DAPAT SAMBUTAN


FASA 10 TAMAN SRI GOMBAK: Usaha murni jawatankuasa penaja Rukun Tetangga Fasa 10 Taman Sri Gombak menampakkan hasil apabila seramai hampir 80 orang penduduk sekitar kawasan tempat kediaman itu hadir mendengar taklimat. Majlis yang disampaikan oleh wakil Jabatan Perpaduan Negara iaitu Puan Lestari banyak menyentuh tentang penubuhan rukun tetangga, kebaikan dan sebab-sebab penubuhannya. Wakil dari Balai Polis Batu 6 Gombak, Sarjan Baharin pula menerangkan kadar jenayah yang semakin meningkat. Menurut beliau usaha yang dilakukan oleh Rukun Tetangga Fasa 10 Taman Sri Gombak memang harus dipuji kerana semenjak ditubuhkan banyak kegiatan jenayah dapat dikurangkan. Kerjasama begini seharusnya diteruskan bagi memastikan keamanan penduduk setempat terjamin. Pihak polis juga mengalu-alukan bantuan sisi yang diberikan oleh mana-mana Rukun Tetangga. Menurut Pengerusi Penaja Rukun Tetangga Fasa 10 Taman Sri Gombak, Encik Zakaria osman dia begitu berharap mendapat kerjasama dari penduduk sekitar supaya sukarela datang berjaga pada waktu malam. "Banyak kebaikan yang kita dapat dari Rukun Tetangga, keamanan kawasan kediaman kita pun terjamin. Apa yang kami harapkan selepas ini ramai lagi penduduk yang datang memberi kerjasama kepada Rukun Tetangga. Bukan sahaja datang mendengar taklimat, " ujarnya yang mendapat kerjasama dari akar umbi. Kepada semua penduduk boleh menghubungi talian Hotline 013-6396353
"Usaha begini memang patut dipuji. Cuma yang perlu sekarang kerjasama penuh daripada penduduk sekitar. Kalau kita sama-sama berganding bahu menjaga keamanan kawasan kejiranan kita, saya yakin penjenayah pun takut untuk masuk ke Fasa 10 ni."
"Sebelum ni, memang banyak kes saya dengar berlaku di kawasan Fasa 10 Taman Sri Gombak. Ada kejadian pecah kereta, curi motor, ragut dan macam-macam. Saya sendiri takut kejadian yang sama berlaku pada saya. Dengan adanya Rukun Tetangga, saya yakin kita dapat mengurangkan kejadian jenayah seterusnya mensasarkan Fasa 10 Taman Sri Gombak, bebas jenayah."
"Selain dapat mencegah jenayah, saya yakin dengan adanya Rukun Tetangga kita dapat mengeratkan lagi hubungan kejiranan kita. Tidak kita kaum samaada Cina, India atau Melayu, kita dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Jadi ini dapat memudahkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar selain dapat membantu pihak polis."