Monday


MAJLIS TAKLIMAT RUKUN TETANGGA DAPAT SAMBUTAN


FASA 10 TAMAN SRI GOMBAK: Usaha murni jawatankuasa penaja Rukun Tetangga Fasa 10 Taman Sri Gombak menampakkan hasil apabila seramai hampir 80 orang penduduk sekitar kawasan tempat kediaman itu hadir mendengar taklimat. Majlis yang disampaikan oleh wakil Jabatan Perpaduan Negara iaitu Puan Lestari banyak menyentuh tentang penubuhan rukun tetangga, kebaikan dan sebab-sebab penubuhannya. Wakil dari Balai Polis Batu 6 Gombak, Sarjan Baharin pula menerangkan kadar jenayah yang semakin meningkat. Menurut beliau usaha yang dilakukan oleh Rukun Tetangga Fasa 10 Taman Sri Gombak memang harus dipuji kerana semenjak ditubuhkan banyak kegiatan jenayah dapat dikurangkan. Kerjasama begini seharusnya diteruskan bagi memastikan keamanan penduduk setempat terjamin. Pihak polis juga mengalu-alukan bantuan sisi yang diberikan oleh mana-mana Rukun Tetangga. Menurut Pengerusi Penaja Rukun Tetangga Fasa 10 Taman Sri Gombak, Encik Zakaria osman dia begitu berharap mendapat kerjasama dari penduduk sekitar supaya sukarela datang berjaga pada waktu malam. "Banyak kebaikan yang kita dapat dari Rukun Tetangga, keamanan kawasan kediaman kita pun terjamin. Apa yang kami harapkan selepas ini ramai lagi penduduk yang datang memberi kerjasama kepada Rukun Tetangga. Bukan sahaja datang mendengar taklimat, " ujarnya yang mendapat kerjasama dari akar umbi. Kepada semua penduduk boleh menghubungi talian Hotline 013-6396353
"Usaha begini memang patut dipuji. Cuma yang perlu sekarang kerjasama penuh daripada penduduk sekitar. Kalau kita sama-sama berganding bahu menjaga keamanan kawasan kejiranan kita, saya yakin penjenayah pun takut untuk masuk ke Fasa 10 ni."
"Sebelum ni, memang banyak kes saya dengar berlaku di kawasan Fasa 10 Taman Sri Gombak. Ada kejadian pecah kereta, curi motor, ragut dan macam-macam. Saya sendiri takut kejadian yang sama berlaku pada saya. Dengan adanya Rukun Tetangga, saya yakin kita dapat mengurangkan kejadian jenayah seterusnya mensasarkan Fasa 10 Taman Sri Gombak, bebas jenayah."
"Selain dapat mencegah jenayah, saya yakin dengan adanya Rukun Tetangga kita dapat mengeratkan lagi hubungan kejiranan kita. Tidak kita kaum samaada Cina, India atau Melayu, kita dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Jadi ini dapat memudahkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar selain dapat membantu pihak polis."

No comments:

Post a Comment